Songket Bridal and Accessories Collection

Pada hari perkahwinan, pasangan pengantin akan dilayan seperti raja dari segi majlis sambutan, makanan, dan pakaian. Songket Pengantin di Malaysia telah menjadi adat sejak zaman-berzaman untuk pasangan mempelai menggayakan Songket Tenun pada hari perkahwinan.
Hal ini demikian kerana pada hari perkahwinan pasangan mempelai dianggap sebagai raja sehari. Pada zaman dahulu, hanya raja-raja yang mampu bersongket. Namun untuk meraikan pasangan pengantin pasangan mempelai digayakan dengan pakaian dan hiasan bak Raja dan digelar "Raja Sehari".
Set pakaian pengantin dilengkapi: pihak lelaki, pakaian lelaki, tanjak, samping, bengkung. Manakala bagi pihak wanita pula terdiri daripada pakaian wanita, selendang dan selempang. Bagi melengkapkan lagi pakaian Raja Sehari, perhiasan bertatah emas dan berlian digayakan bersama.
Hari bersejarah pasangan mempelai pasti terasa tidak lengkap tanpa pakaian songket kerana ia telah menjadi tradisi rakyat malaysia sejak berzaman.