Cart 0

5 Tips Pilih Warna Baju Pengantin Untuk Nikah dan Kahwin

Sebenarnya susah sangat ke untuk cari baju pengantin yang sesuai? Lima point penting yang anda perlu tahu semasa membuat pemilihan adalah warna kulit, bentuk tubuh badan, tema majlis, warna mata, dan pendapat orang.


1. Warna Kulit

Anda lazim menggunakan cara ini dengan melihat pada tona kulit sebelum memilih apa jenis pakaian yang sesuai tetapi sejauh mana anda faham tentang diri anda?


Putih Gading

Ramai orang beranggapan tona kulit putih mudah untuk mengenakan pelbagai jenis baju. Sebenarnya, tona kulit putih sangat sensitif dalam warna-warna pastel seperti light blue, old yellow, cadilac purple, dan peach. 

Warna pastel tunggal akan menampakkan pengantin pucat dan kurang menonjal. Sebaliknya warna pastel boleh di gunakan bersama warna-warna solid seperti hijau zamrud, merah terang, biru gelap, ungu pekat, dan kelabu untuk memberi impak yang lebih menyerlah. 

Jika untuk menaikkan seri pula, kombinasi warna pastel dan warna emas atau kilauan perak akan membuat anda berkilau sepanjang masa. 


Kuning Langsat/Cerah

Putih kekuning-kuningan membawa maksud kulit anda dalam kategori kuning langsat. Pengunaan rona-rona terang seperti merah jambu, kuning atau warna biru sangat sempurna buat anda. 

Elakkan juga warna seperti krim, coklat, oren kerana warna-warna ini akan membuat kulit anda menjadi kusam dan tidak bermaya. 


Sawo Matang

Kebanyakan orang Asia mempunyai kulit sawo matang di mana ia berada dalam warna pertengahan. Warna kulit sawo matang lebih tampak natural dan pelbagai gaya dan pilihan warna yang amat sesuai untuk dipakai seperti warna solid, dan warna-warna keemasan. 

Jika anda mahukan pilihan yang lebih tepat di majlis perkahwinan, busana putih gading antara yang terbaik kerana ia akan menjadikan kulit anda lebih bersinar.


Hitam Manis/Gelap

Jika orang berkulit putih lebih berani untuk menonjolkan dirinya, sebaliknya rata-rata orang berkulit hitam manis agak segan dan malu. 

Apa yang anda perlu buat adalah anda harus berani untuk mengayakan apa yang anda pakai. Warna kontra dan terang seperti putih, kuning keemasan, dan merah amat sesuai dipakai 


2. Bentuk Badan

Berbadan gempal atau kurus adalah suatu perkara yang subjektif. Yang penting anda berada di tahap kesihatan yang baik maka, saiz tubuh badan bukan menjadi isu utama lagi.


Berbadan Gempal

Sekiranya anda mempunyai bentuk tubuh badan gempal, pilihan baju kahwin songket berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, dan hijau gelap membantu anda kelihatan langsing. 

Bukan itu sahaja, pilih langkah berani sedikit untuk anda pakai juga warna-warna pastel yang cerah kerana permainan warna yang ini boleh memberikan efek tona warna kulit semakin cerah.


Berbadan Kurus

Jika anda berbadan kurus pula, tidak menjadi masalah untuk anda memakai apa jua warna. Baju pengantin kebaya songket yang anda pakai pun akan kelihatan anggun di mata tetamu.


3. Tema Majlis

Tema majlis akan menjadi daya tarikan utama tetamu hadir dan itu juga bermakna anda perlu memilih pakaian mengikut tema perkahwinan supaya lebih sedondon. 


Tema Moden

Tema moden atau kebaratan, menjadi pilihan sebahagian dari pengantin untuk menampakkan majlis mereka mengikut peredaran zaman atau lebih trendy. 

Warna royal blue bersama tuxedo, amat sesuai dipakai oleh pengantin lelaki. Warma hijau dan merah hati juga sesuai digunakan untuk kedua-dua pengantin.


Tema Tradisional

Tema tradisional tidak akan luput dek zaman dan akan tetap menjadi pilihan kebanyakkan pengantin. Ciri-ciri kemelayuan yang menjadi elemen utama dalam jenis baju seperti baju songket pengantin akan menjadi tatapan mata yang memandang. 

Klasik tetapi bergaya itulah yang anda perlu pakai. Warna kuning, coklat atau ungu.sangat sesuai dipadankan dengan tema tradisional.


4. Kaji Warna Mata 

Warna dominant pada mata anda boleh menentukan padanan warna yang sesuai kepada pakaian anda. Contohnya, mata hazel sesuai dengan warna keemasan, mata gelap sesuai dengan gabungan warna-warna terang seperti biru, merah dan emas. 

Manakala mata coklat pula, sangat indah jika dipadankan dengan skema warna dirinya sendiri tetapi dinasihatkan tidak memilih warna kuning terang kerana ia akan mengurangkan kesegaran pada penampilan anda. 


5. Mintak Pendapat Orang Lain

Kadang-kala apa yang anda lihat di mata tidak sama dengan apa yang orang di sekeliling pandang. Adalah sangat wajar jika anda memberi ruang dan peluang kepada orang lain untuk memberi komen kepada penampilan anda sendiri. 


Di harapkan artikel ini boleh menambahkan pengetahuan anda untuk memilih warna baju perkahwinan yang sesuai. Ingat, anda perlu berani, dan yakin dengan apa yang anda pakai supaya tetamu yang hadir juga akan memberi perspektif yang sama.



Older post Newer post