MERDEKA CLEAR STOCK!!!! START 10.08.2020 UNTIL 31.08.2020
Cart 0

Sejarah Unik Songket Malaysia

Artikel pada kali ini akan membincangkan tentang 7 sejarah unik songket Malaysia yang selama ini anda sering peragakan di apa jua majlis. Sejauh mana anda faham sejarah tentang songket? Ikuti pembicaraan ini sehingga ke penghujung.


Songket di Mata Dunia

Martabat dan kedudukan kain songket Malaysia tidak asing lagi di mata dunia. Kejayaan Habibah Zikri, Tokoh Songket 2014 dan Tokoh Kraf Negara 2002 dalam perniagaan songketnya telah membawa tenunan tradisi ini menjadi tumpuan peminat fesyen global dek kerana kehalusan seni buatannya. 

Bukan itu sahaja, malah Ratu Cantik Malaysia yang pernah suatu hari dulu viral kerana memperagakan busana berkonsepkan nasi lemak di pentas Miss Universe kali ke-68, juga sekali lagi membuka mata dunia dengan busananya yang mempunyai elemen pemanis mulut. 

Fabrik songket adalah salah satu tulang belakang dalam terhasilnya busana ini.


1. Kain yang dipakai golongan bangsawan

Secara umumnya, songket memang berkait rapat dengan golongan diraja termasuk keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa sejak abad ke-16 lagi ia telah dihasilkan di rantau ini. 

Uniknya, dalam sistem diraja dahulu untuk mengambarkan pangkat dan ketinggian kedudukan seseorang pembesar, maka ia ditentukan dari kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket yang dipakainya. 

Jadi tidak pelik jika jolokan fabrik warisan agung sering meniti di bibir masyarakat marhaen. 


2. Asal usul nama dari pertembungan dua buah negara

Nama songket dikatakan berasal daripada perkataan “menyungkit” dari bahasa Siam “kek” yang membawa maksud menyungkit. 

Selain itu dapatan kajian juga menyatakan bahawa nama songket juga mempunyai maksud yang sama dari negara China iaitu “songkok”. 


3. Berkembang melalui penyatuan perkahwinan diraja

Sejarah membuktikkan yang di Malaysia dahulunya berlaku penyebaran agama dan budaya dari aktiviti perdagangan dan perkahwinan campur diraja. 

Amalgamasi yang berlaku dalam pencampuran ini telah membentuk satu budaya dan ras yang baru seperti baba dan nyonya. Contohnya perkahwinan antara Puteri Hang Li Po dan Sultan Mansur Shah. 


4. Diusahakan oleh golongan yang tinggal di kawasan pesisir 

Sejarah juga menunjukkan bahawa tenunan songket diusahakan oleh mereka yang tinggal di kawasan pesisir. 

Mereka ini lebih terdedah kepada pengaruh luar berbanding dengan tenunan ikat tunggal yang diusahakan oleh suku kain seperti Iban, Batak dan Toraja yang tinggal di kawasan pedalaman.


5. Kain yang diilham dari kain patola

Kain patola adalah kain dari negara India. Pembuatan kain songket yang menguna pakai teknik “ikat” dipercayai membawa unsur-unsur proses pembuatan kain dari pedang-pedang India. 

Teknik ini sangat sukar dilakukan oleh orang kebanyakkan yang mana ia memerlukan tenaga, kepakaran, dan ketekunan yang tinggi oleh mereka yang berpengalaman. Faktor ini juga yang menjadikan harganya agak tinggi di antara kain-kain yang terdapat di Malaysia. 

Kain cindai di Indonesia dan kain limar di negeri-negeri di pantai timur Malaysia juga turut mengaplikasikan teknik ini dalam proses pembuatan kain mereka. 


6. Mempunyai 3 corak utama

Corak pada kain ini memberi keunikan yang tersendiri dalam mengangkat identiti bangsa Melayu dan menjadi pemangkin pada citara rasa budaya bangsa agar terus mekar zaman ber zaman. 3 corak utama yang sering kali digunakan adalah susunan bunga penuh, susunan bunga tabur, dan susunan bercorak. 

Pada hari ini, baju sanding songket yang di pakai oleh pengantin ketika duduk di pelamin kebanyakkannya mempamerkan corak susunan bunga penuh. Namun begitu, ada juga pasangan yang gemar pada corak sunan bercorak secara jalur berdiri atau melintang kerana ia tampak lebih elegan dan eksklusif. 

Corak susunan bunga tabur pula lazimnya dipakai pada samping lelaki atau baju kurung perempuan. Yang membezakan antara ketiga-tiga jenis corak ini adalah pada sulaman dan tenunanya. 


7. Mempunyai 9 motif pelbagai kategori

9 motif songket Melayu yang terkenal adalah motif flora, motif fauna, motif kosmos, motif alam benda, motif geometrik, motif makanan, dan motif kaligrafi. 

Bukan hanya rumit pada proses pembuatannya malah dari segi pembawaan motif, seorang penenun kain songket perlu teliti dalalm konteks ini. 

Orang dahulu mampu mengilhamkan pelbagai jenis motif kerana hasil dari keupayaan observasi mereka kepada segala keindahan dan keistimewaan alam. Walaupun baju kahwin songket telah dimodenkan tetapi ia masih mempunyai unsur-unsur motif seperti kosmos dan geometrik. 


Di harapkan artikel tentang sejarah songket Malaysia ini dapat memberikan anda pengetahuan baru dan informasi yang berguna untuk menambahkan lagi nilai estetika kain songket pada pandangan anda. 

Jika rakyat Malaysia sendiri tidak sayang dan cinta dengan keunikan budaya mereka, siapa lagi yang akan memartabatkannya di mata dunia.



Older post Newer post