MERDEKA CLEAR STOCK!!!! START 10.08.2020 UNTIL 31.08.2020
Cart 0

Checklist untuk Menyenangkan Majlis Bersanding

Artikel kali ni akan menerangkan senarai semak perkara yang perlu dilakukan sebelum majlis pernikahan dan perkahwinan dilaksanakan.

Senarai semak sebelum majlis persandingan berlangsung sangat penting bagi menjamin kelancaran majlis disamping memudahkan urusan pelbagai pihak untuk menguruskan majlis dari awal sehingga tamat.


  1. Sebelum mula berfikir tentang hal-hal lain, langkah paling pertama adalah merancang bilakah perkahwinan ingin dilangsungkan oleh kedua-dua belah pihak.
     
     Dalam bab ini, anda boleh terus membincangkan sama ada ingin mengadakan majlis akad nikah dan majlis perkahwinan pada hari yang sama, ataupun pada hari yang lain.
     
     
  2. Dalam pemilihan tarikh pula, antara waktu-waktu yang tidak digalakkan adalah seperti pada minggu pertama raya dan pada musim hujan (kebiasaannya pada hujung tahun).
     
     Bila dah tahu tarikh apa mesti dielakkan, bolehlah anda membuat pilihan daripada tarikh-tarikh cun atau tarikh berkembar yang lain, tak pun, buat pilihan berdasarkan tarikh hari jadi pasangan.
     
     
     
  3. Untuk memudahkan anda merancang bajet, anda perlu membuat senarai yang lengkap tentang segala perkara yang wajib ada dalam majlis dan juga urusan berbayar lain sepanjang perancangan majlis.
     
     
     
  4. Perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah untuk memilih tema atau konsep majlis perkahwinan yang anda impikan kemudian tentukan lokasi majlis persandingan yang akan berlangsung.
     
     Jangan lupa untuk menempah dewan atau hotel awal supaya majlis persandingan anda dapat berlangsung pada tarikh yang anda inginkan.
     
     
     
  5. Selesai pemilihan tema atau konsep majlis persandingan perkara paling utama adalah pemilihan baju untuk majlis persandingan tersebut.
     
     Majoriti bakal pengantin memilih baju sanding songket untuk acara persandingan kerana mereka merasakan mereka kelihatan lebih ayu dan sopan dengan pakaian tradisi ini atas sebab kemewahan songket yang berjaya dipamerkan.
     
     
     
  6. Bagi perempuan pemilihan kebaya songket pengantin akan menjadikan penampilan raja sehari lebih menyerlah. Kebaya songket sesuai untuk wanita yang berbadan kurus dan ia juga dapat menampilkan gaya anggun dan sopan.
     
     
     
  7. Pasangan mempelai boleh memilih jenis Songket bunga Tabur Melur dimana corak bunga ditenun secara bertaburan, corak bunga tabur ini disebut Bunga Tabur Melur kerana bunganya adalah inspirasi daripada bunga melur.
     
     Songket Bunga Tona Jalur Pasang mempunyai corak jalur di bahagian kain. Bagi Songket Tenun Kaktus merupakan Songket Tenun Penuh yang mempunyai Corak petak berduri seperti pokok kaktus.
     
     Pemakaian Face Mask Songket digandingkan dengan pemakaian baju sanding songket akan membuatkan pasangan mempelai kelihatan lebih elegant.
     
     
     
  8. Bagi pengantin lelaki pemilihan sampin juga perlu dititikberatkan dan berpadanan dengan pemilihan baju sanding songket yang dipilih.
     
     Sampin Tenun 3D merupakan sampin corak tenun yang simple, corak terbaru serta selesa dipakai. Bagi Sampin Tenun Tona pula merupakan sampin design baru yang mempunyai bunga tabur yang mempunyai warna yang berlainan.
     
     
     
  9. Setelah pemilihan busana pengantin yang diimpikan, anda perlu membuat tempahan catering mengikut bilangan tetamu yang akan dijemput. Seterusnya jangan lupa buat tempahan jurugambar sekiranya memerlukan.
     
     
     
  10. Dalam tempoh enam bulan sebelum majlis berlangsung jangan lupa urusan di pejabat agama masing-masing dan juga lakukan ujian HIV serta tempahan jurunikah pada tarikh pernikahan anda.
     
     
     
  11. Urusan seterusnya adalah melengkapkan busana pengantin dengan pelbagai aksesori lain seperti tudung, veil,kasut, bunga tangan, bantal nikah, songkok dan yang dirasakan bersesuaian.
     
     Tanpa aksesori ini majlis nampak tidak lengkap dan kurang menyerlah. Jangan dilupakan pakaian pengapit dan juga keluarga pengantin. Mestilah mengikut tema yang telah dipilih.
     
     
     
  12. Jangan dilupakan doorgift semasa majlis persandingan yang bersesuaian dengan bajet dan jumlah tetamu yang dijemput termasuk bunga telur sekiranya hendak mengekalkan tradisi turun temurun.
     
     Tidak ketinggalan tempahan kek hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum majlis berlangsung mengikut tema yang telah dipersetujui.
     
     
     
  13. Tempahan kad jemputan majlis boleh dibuat dalam tempoh tiga bulan sebelum majlis berlangsung. Gubahan hantaran juga boleh mula dibuat dan disediakan mengikut tema bagi kedua-dua belah pihak.
     
     Barang hantaran boleh mengikut kesesuaian trend terkini dan digubah sendiri atau membuat tempahan sahaja.
     
     
     
  14. Jangan dilupakan untuk mencuba pakaian pengantin yang telah ditempah supaya tidak mengalami masalah pada hari persandingan tersebut.
     
     Sangat penting untuk memastikan pakaian yang akan dipakai pada hari persandingan selesa kerana pada hari tersebut anda akan memakai pakaian tersebut dalam tempoh yang lama.
     
     
     
  15. Tidak ketinggalan tempahan banner dan bunting juga perlu untuk digantung di depan dewan atau khemah bagi memudahkan tetamu untuk menemui lokasi majlis persandingan anda.
     
     
     
  16. Dalam masa yang semakin hampir ke majlis persandingan anda, bolehlah manjakan diri supaya kelihatan berseri sebagai raja sehari. Anda boleh melakukan rawatan facial yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.
     
     Anda juga boleh mengamalkan terapi rendam kaki dalam air suam untuk mengurangkan stress.
     
     
     
  17. Perkara-perkara yang perlu dilakukan disaat-saat akhir majlis akan berlangsung ialah merancang aturcara majlis di hari persandingan.
     
     Sediakan bunga manggar dan bunga pahar, buku ucapan untuk pasangan pengantin juga boleh disediakan. Tidak ketinggalan penginapan untuk rombongan semasa datang ke tempat anda.
     
     

Kesimpulannya 

Untuk memastikan segala yang anda rancang berjalan lancar, pastikan anda mempunyai checklist untuk sebelum, semasa, dan selepas majlis.

Diharap dengan huraian perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian dalam checklist kahwin ini, urusan majlis pernikahan dan perkahwinan anda dapat diselesaikan dengan lancar dan dengan jiwa yang tenang. 



Older post Newer post