
Kain songket tidak akan mati ditelan dek zaman walaupun kemodenan kini bergerak seperti arus yang membelah peredaran masa.
Songket biasa di jadikan untuk persandingan, baju kurung, baju melayu, tanjak, samping, kain panjang, kain sarung, baju kebaya, belah labuh dan selendang.
Jika dulu kain ini sangat sinonim untuk di pakai oleh para bangsawan, tetapi kini sesiapa pun tidak terhad untuk pakai.
Dengan cara tenunan khas dari campuran benang sutera, kapas, emas atau perak, tampaknya nilai estetika yang ada makin melekat di hati pengguna.
Tips pemilihan baju songket pengantin khusus untuk bakal-bakal calon raja sehari yang akan mendirikan rumah tangga.
1. Tona Warna Yang Hampir Sama
Baju songket lebih nampak eksklusif jika benangnya mempunyai tona warna yang hampir sama dan tiada perbezaan ketara. Sebaiknya untuk memaksimumkan pemilihan hanya dengan 3 warna sahaja.
Songket akan nampak lebih eksklusif dengan warna lembut. Bagi baju kahwin songket, pilihan warna yang sesuai akan menaikkan lagi seri pengantin dan menceriakan suasana majlis.
Secara psikologinya untuk majlis-majlis seperti ini, tona gelap sinonim dengan membawa keadaan yang suram, dan wajah tampak kusam.
2. Konsep Tema
Setiap majlis perkahwinan pasti mempunyai konsep yang pelbagai bagi setiap kali majlis.
Hari ini jika anda lihat, majlis bukan setakat menguna pakai tema-tema biasa seperti Inggeris, tradisional kaum Melayu, Cina dan India sahaja tetapi ada juga tema watak-watak superhero seperti Power Rangers, Kamen Rider, dan Kelab Bola Sepak.
Menariknya, walaupun tema yang di gunakan agak pelik tetapi pengantin masih kekal menggunakan baju-baju pengantin seperti songket, gaun, dan jubah muslimah.
Citarasa pengguna mungkin berubah untuk konsep luaran sahaja tetapi hakikat apa yang tersedia berabad zamannya ini masih menjadi pilihan.
Agak subjektif jika anda ingin menilai tema majlis seseorang tetapi mudah untuk anda memilih baju pengantin.
Cadangan untuk anda, pilih dahulu tema baju sanding anda kemudian baru fikirkan pula tema untuk pelamin dan majlis persandingannya.
Untuk pelamin, baiknya tema haruslah sepadan dengan baju. Contohnya jika baju sanding songket, mintalah bridal memberikan cadangan untuk tema tradisional.
3. Bajet
Semakin halus tenunan songket, semakin mahal harganya. Ini kerana makin halus hasilnya, makin susah cara untuk menghasilkan produk songket yang siap.
Baju songket pengantin yang di jual di pasaran dengan kos dari semurah ratusan ringgit hingga beribu-ribu ringgit.
Jika bajet anda banyak, maka tidak mengapa untuk melaburkan sedikit wang mendapatkan jenis tenunan yang halus dan eksklusif. Orang tua-tua kata, kahwin sekali seumur hidup.
4. Motif dan Corak Yang Bersesuaian
Apa yang menyebabkan pemakai si baju songket ini lebih elegan berbanding yang lain? Jawabnya adalah motif atau corak yang di gunakan.
Antara corak yang sering menjadi pilihan adalah bunga penuh, bunga tabor, jalur berdiri, pucuk rebung, jalur melintang, dan tapak catur.
Untuk pengetahuan anda, setiap jenis motif menggambarkan struktur sosial dalam kalangan bangsawan Melayu.
Kerana itu jika ia di gunakan pada kebaya songket pengantin, aura-aura kemelayuan yang di pamerkan akan membawa hadirin untuk mengimbau kembali zaman-zaman dahulu.
5. Jenis Material Kain
Salah satu sebab kenapa pengguna merasakan baju songket agak leceh bila di pakai adalah kerana ia sukar untuk di gosok.
Benang yang di gunakan sangat sensitif dengan suhu panas dan mudah untuk terbakar.
Selain itu, fabrik songket terkenal dengan kainnya yang tebal dan panas. Pengguna akan kurang selesa dan berasa gatal jika memakai baju dari songket.
Pilihlah jenis songket yang meletakkan kain alas lembut bagi setiap helaian songket ini bagi mengatasi masalah ketidakselesaan.
6. Tidak Terlalu Sarat
Elakkan daripada memilih baju yang mempunyai perincian yang rumit dan sarat seperti manik, lace dan lain-lain kerana kesannya akan membawa kepada baju itu terlihat serabut apabila di peragakan.
Ketika memakai baju songket, sudah tentu anda akan pakai sekali aksesori seperti rantai, keronsang, gelang, makhota dan selendang untuk dipadankan bersama.
Oleh itu, cukup dengan reka bentuk yang minima untuk baju anda.
7. Saiz dan Tinggi Badan
Berbanding baju nikah, baju sanding biasanya akan di buat sehingga meleret-leret. Cadangan untuk anda, bawa sekali kasut yang anda akan pakai di majlis kahwin nanti.
Ini akan memudahkan tailor mengukar tinggi anda dengan tepat dan betul untuk memberikan anda keselesaan sepanjang majlis nanti.
Bagi saiz badan pula, fabrik songket agak tidak sesuai di pakai kepada yang bertubuh gempal kerana ia akan meninggalkan lebih tampak gempal kepada si pemakai.
Sebaliknya anda boleh menggunakan fabrik lembut seperti kain chiffon, sutera, organza dan satin.
Ingin membeli-belah baju songket pengantin, kebaya songket pengatin, baju kahwin songket atau baju sanding songket?
Layarilah laman web Songket Republik, pengeluar songket tenun untuk pasaran Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei.